Monday, June 21, 2010

Adab buang air

Menjadi lumrah manusia untuk membuang hajat. Sisa makanan yang tidak diperlukan akan dikeluarkan melalui buang air besar dan kecil. Najis yang keluar itu harus diambil peduli kerana khuatir ia akan terkena pada kita secara tidak sengaja. Bahkan amat dahsyat lagi sekiranya itu menjadi asbab azab kubur.


Saya akan mengutarakan beberapa adab ketika di tandas.


Adab-adab ke tandas:

  1. Meminta izin untuk masuk ke dalam tandas dengan mengetuk pintu. Lebih2 lagi ketika berada di tandas awam. Jangan ketandas selagi tidak perlu. Jangan bagi salam.
  2. Dahulukan kaki kiri untuk masuk ke tandas dan keluar menggunakan kaki kanan. Membaca doa sebelum dan selepas keluar dari tandas.
  3. Memakai pakaian yang ringkas apabila hendak masuk, menjaga kebersihan dan berhati-hati agar pakaian tidak terkena najis.
  4. Jangan menghadap kiblat ataupun membelakanginya sebagai tanda hormat kepada kaabah ketika membuang air. Daripada Abu Ayyub al-Anshari r.a bahawa Nabi SAW bersabda: "Jika kamu hendak qada' hajat maka janganlah menghadap ke arah kiblat dan janganlah pula membelakanginya. Tetapi hadaplah kamu ke arah timur atau barat (selain kiblat) " (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)
  5. Jangan membawa sesuatu yang tertulis nama Allah, al-Quran ataupun sebahagian kalimahnya.
  6. Memastikan pintu tandas tertutup dan jangan membiarkannnya terbuka sesudah digunakan. Sekiranya ada orang lain hendak masuk, berilah isyarat dengan mengetuk dari dalam, supaya orang itu menunggu di luar. Ini juga bermaksud jangan berkata2.
  7. Tidak boleh sesekali menyingkap pakaian ataupun membuka pakaian sebelum kita benar2 sudah berada di dalam tandas dan menutup pintu. Daripada Ibnu Umar r.a katanya: “Apabila Rasulullah SAW hendak qada’ hajat, baginda tidak menyingkap kainnya hingga baginda tidak menjongkok (mulai buang air).”
  8. Menjaga pandangan mata daripada melihat kemaluan sendiri ataupun aurat sendiri, kerana kita mestilah malu kepada Allah SWT.
  9. Dilarang bercakap ketika qada' hajat, tidak dibenarkan untuk memberi salam ataupun menjawab dan berzikir secara lisan. Terdapat dalam sebuah hadis riwayat Imam Muslim, Ibnu Umar r.a berkata: "Seorang lelaki lalu disamping Rasulullah SAW yang sedang membuang air kecil, lalu lelaki itu memberi salam (kepda Nabi SAW) da baginda tidak menjawab salam lelaki itu." Dalam sebuah hadis riwayat Ahmad menytakan bahawa Allah memurkai perkara sedemikian.
  10. Jangan kencing dalam keadaan berdiri kerana dikhuatiri akan terkena pada pakaian ataupun badan akbat aripada percikan air kencing. Daripada 'Aisyah r.a berkata: "Sesiapapun memberitahu kamu bahawa Rasulullah SAW pernah kencing berdiri, maka janganlah membenarkannya (jangan mempercayainya)." (Hadis Riwayat Tirmizi) 
  11. Keringanan berdiri sambil kencing diberikan ketika uzur ataupun penyakit.
  12. Membasuh tangan sebelum mulai beristinja' kerana dikhuatiri air yang digunakan menjadi mutanajjis jika ditangannya ada najis atau diragui ada najis.
  13. Menggunakan tangan kiri ketika beristinja' dan bersuci. "Daripada Abu Qatadah r.a: Rasullullah SAW bersabda: " Tidak boleh salah seorang kamu menyentuh zakarnya dengan tangan kanan ketika kencing dan bersuci". (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)
  14. Tenang ketika bersuci supaya benar-benar najis tersebut hilang disertai dengan rasa yakin. Bersuci biarlah dengan cara yang dituntut syarak.
  15. Bersihkan tandas selepas menggunakannya.
  16. Basuh tangan selepas keluar dar tandas. Terdapat banyak pencuci tangan anti bakteria maka gunalah demi menjaga kebersihan diri. Pakailah hand sanitizer untuk perlindungan berganda.
Semoga Allah memberi kita hidayah untuk mengamalkannya.



Thursday, June 17, 2010

Rukuk


Selalu kita dengan dalam sebuah hadis bahawa rukuk dan sujud yang tidak sempurna ibarat mencuri dalam sembahyang. Penting untuk kita menjaga kesempurnaan kedua2 rukun tersebut..


Rukuk dilaksanakan dengan menundukkan kepala hingga ke hadapan sehingga sama ratanya dengan tulang belakang. Kedua2 belah tangan pula diletakkan bertelekan kepada kedua2 lutut serta thama'ninah iaitu berdiam sebentar.



Terdapat dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari yang diberitakan oleh Abu Humaid al-Sa'idi katanya:
"Aku melihat Rasulullah SAW solat, apabila baginda bertakbir, baginda mengangkat tangannya sehingga sama tentang dengan bahunya dan apabila baginda rukuk, diletakkannya kedua2 tangannya pada lututnya dan diluruskan belakangnya"


Seringkali ada sahaja yang melebih2 sehingga sedikit lagi mencapai kaki.


Rasullulah SAW bersabda:
"Apabila engkau rukuk, maka hendaklah engkau meletakkan kedua2 tangan engkau pada lututmu, kemudian engkau renggangkan jari-jemari tanganmu, kemudian engkau menanti seketika sehingga semua anggota itu kembali ke tempatnya." (Hadis riwayat Ibnu Khuzaimah dan Ibnu Hibban)

Daripada 'Aisyah r.a katanya:

"Rasullulah SAW memulai solat baginda dengan takbir. Sesudah itu, baginda membaca Al-fatihah. Apabila ruku', kepalanya tidak mendongak dan tidak pula terlalu menunduk, tetapi pertengahan (sehingga kepalanya kelihatan rata dengan punggung) . . . . . . . .
(Hadis riwayat Imam Muslim)

Tuesday, June 15, 2010

Hukum mengangkat tangan ketika imam berkhutbah

Tidak ada dalam sunnah yang diriwayatkan dalam mana2 hadis yang mensyariatkan kita untuk mengangkat tangan ketika imam sedang berkhutbah meskipun pada waktu itu imam seperti membaca doa..yang menjadi persoalannya apabila sesetengah jemaah mengaminkan dengan kuat..macam terasa WARAK pula dapat amin kuat2 sedangkan perkara itu akan membatalkan solat jumaatnya kerana telah berkata2..bukan kah begitu??kita wajib mendiamkan diri dan menumpuhkan segala perhatian terhadap isi kandungan khutbah.

Khatib pula memimpin mengangkat tangan beramai2..adakah dia punya ilmu tentang itu??atau kita ni memang suka mengikut2??kalau kita sembahyang kat negara lain entah2 kita jer yang macam tu..atau pun kita tertanya2 imam xangkat tangan..atau kita yang patut tanya diri kita sendiri??
Terdapat banyak riwayat yang melarang kita daripada melakukan perbuatan ini, antara hadis tersebut adalah
"Sesungguhnya 'Ammarah bin Ruaibah r.a melihat Bisyir bin Marwan mengangkat kedua2 belah tangannya (ketika berkhutbah) di atas mimbar maka 'Ammarah berkata semoga Allah memburukkan kedua2 tangan itu sesungguhnya aku melihat Rasulullah SAW tidak lebih daripada berbuat begini. Dan 'Ammarah mengisyaratkan dengan jari telunjuknya."
Dalam sebuah hadis sahih Bukhari yang disampaikan oleh Anas bahawa Rasullulah SAW pernah mengangkat tangan ketika berdoa dalam khutbah tetapi disebabkan oleh permintaan seorang arab dusun agar Rasullulah SAW berdoa meminta hujan kerana ketika itu musim kemarau yang menyebabkan haiwan2 ternakan dan tanaman mereka mati.
"Adalah Nabi SAW sama sekali tidak pernah mengangkat kedua2 belah tangannya ketika berdoa melain solat Istisqa' (soat meminta hujan), maka,ketika itu Rasulullah SAW mengangkat kedua2 tangan baginda sehingga terlihat putih kedua2 ketiaknya" (Hadis riwayat Ahmad, Bukhari dan Muslim)

Sifat duduk antara dua sujud


  Saya pasti tuan semua pasti pernah melihat pelbagai ragam duduk antara dua sujud..ada yang duduk jepun..ada juga yang agak pelik sikit tapi itupun atas faktor keuzuran..tapi berapa ramai yang benar-benar belajar untuk solat??agama hanya ditaklid..apabila kita taklid yang salah??
Menurut sunnah, duduk antara dua sujud itu ialah secara duduk iftirash iaitu melipatkan kaki kiri dan meletakkan punggung atasnya dan menegakkan kaki kanan serta menghadapkan hujung2 anak jarinya ke kiblat..


Abu Hurairah pernah berkata: " Nabi s.a.w melarang saya berbuat TIGA perkara: mempercepatkan dalam solat,seperti patukan ayam jantan, DUDUK SEBAGAI ANJING DUDUK dan berpaling2 sebagai tsa'lab(kancil). (diriwayatkan oleh Ahmad, al-Baihaqi, al-Thabrani dan Abu Ya'al, sanadnya Hasan.)

hendaklah tangan kanan diletakkan atas paha kanan iaitu merapatkan jari manis dan kelingking ke telapak tangan, dan melipatkan ibu jari kepada jari tengah. Adapun tangan kiri, maka ia diletakkan atas paha kiri dengan mengulurkan hujung jari ke hujung pangkal, menyentuh lutut.

daripada Abu Hurairah: " Kemudian dia ( Rasululah SAW duduk iftirasy maka dibentangkan kaki kirinya dan duduk di atasnya serta menegakkan kaki kanannya". ( diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim)


Semoga Allah beri kita hidayah dan membukakan pintu hati untuk mengamalkannya..
Wallahu'alam

Selawat selepas azan..

Kita dianjurkan untuk berselawat kepada Nabi Muhammad SAW selepas mendengar azan..
Walaupun hakikatnya perkara ni kurang diketahui umum tapi apa salahnya selepas ini kita sesama mengamalkan..
Berikut saya sertakan dalilnya..
Abdullah bin 'Amr r.a berkata bahawa dia mendengar Rasulullah SAW bersabda "Apabila kamu mendengar muazin maka ucapkanlah seperti apa yang dia ucapkan, kemudian BERSELAWATLAH kepadaku. Barangsiapa yang berselawat kepadaku satu kali, maka Allah akan membalasnya sebanyak sepuluh kali, kemudian mohonlah wasilah kepada Allah bagiku kerana ia adalah sebuah tempat di syurga yang hanya layak bagi salah seorang hamba-hamba Allah. Dan aku berharap itu adalah aku. Maka barangsiapa yang memohon kepada Allah wasilah untukku, baginya berhak mendapat syafaatku." (Hadis Riwayat Muslim)
Seorang saudara saya pernah berkata "kita doakan wasilah ni untuk dapat syafaat time hari akhirat..nabi tau siapa yang doakan wasilah untuknya"
Kata-katanya buat saya berfikir.."betulkah?" wallahu'alam..tapi bersandarkan hadis tersebut seperti membenarkan..

Semoga Allah beri kita hidayah untuk mengamalkannya..Wallahu'alam..

satu permulaan..

Salam...ruangan ini sekadar perkongsian ilmu yang saya pelajari daripada kitab-kitab dan hasil pertanyaan kepada guru-guru agama..