Monday, June 21, 2010

Adab buang air

Menjadi lumrah manusia untuk membuang hajat. Sisa makanan yang tidak diperlukan akan dikeluarkan melalui buang air besar dan kecil. Najis yang keluar itu harus diambil peduli kerana khuatir ia akan terkena pada kita secara tidak sengaja. Bahkan amat dahsyat lagi sekiranya itu menjadi asbab azab kubur.


Saya akan mengutarakan beberapa adab ketika di tandas.


Adab-adab ke tandas:

  1. Meminta izin untuk masuk ke dalam tandas dengan mengetuk pintu. Lebih2 lagi ketika berada di tandas awam. Jangan ketandas selagi tidak perlu. Jangan bagi salam.
  2. Dahulukan kaki kiri untuk masuk ke tandas dan keluar menggunakan kaki kanan. Membaca doa sebelum dan selepas keluar dari tandas.
  3. Memakai pakaian yang ringkas apabila hendak masuk, menjaga kebersihan dan berhati-hati agar pakaian tidak terkena najis.
  4. Jangan menghadap kiblat ataupun membelakanginya sebagai tanda hormat kepada kaabah ketika membuang air. Daripada Abu Ayyub al-Anshari r.a bahawa Nabi SAW bersabda: "Jika kamu hendak qada' hajat maka janganlah menghadap ke arah kiblat dan janganlah pula membelakanginya. Tetapi hadaplah kamu ke arah timur atau barat (selain kiblat) " (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)
  5. Jangan membawa sesuatu yang tertulis nama Allah, al-Quran ataupun sebahagian kalimahnya.
  6. Memastikan pintu tandas tertutup dan jangan membiarkannnya terbuka sesudah digunakan. Sekiranya ada orang lain hendak masuk, berilah isyarat dengan mengetuk dari dalam, supaya orang itu menunggu di luar. Ini juga bermaksud jangan berkata2.
  7. Tidak boleh sesekali menyingkap pakaian ataupun membuka pakaian sebelum kita benar2 sudah berada di dalam tandas dan menutup pintu. Daripada Ibnu Umar r.a katanya: “Apabila Rasulullah SAW hendak qada’ hajat, baginda tidak menyingkap kainnya hingga baginda tidak menjongkok (mulai buang air).”
  8. Menjaga pandangan mata daripada melihat kemaluan sendiri ataupun aurat sendiri, kerana kita mestilah malu kepada Allah SWT.
  9. Dilarang bercakap ketika qada' hajat, tidak dibenarkan untuk memberi salam ataupun menjawab dan berzikir secara lisan. Terdapat dalam sebuah hadis riwayat Imam Muslim, Ibnu Umar r.a berkata: "Seorang lelaki lalu disamping Rasulullah SAW yang sedang membuang air kecil, lalu lelaki itu memberi salam (kepda Nabi SAW) da baginda tidak menjawab salam lelaki itu." Dalam sebuah hadis riwayat Ahmad menytakan bahawa Allah memurkai perkara sedemikian.
  10. Jangan kencing dalam keadaan berdiri kerana dikhuatiri akan terkena pada pakaian ataupun badan akbat aripada percikan air kencing. Daripada 'Aisyah r.a berkata: "Sesiapapun memberitahu kamu bahawa Rasulullah SAW pernah kencing berdiri, maka janganlah membenarkannya (jangan mempercayainya)." (Hadis Riwayat Tirmizi) 
  11. Keringanan berdiri sambil kencing diberikan ketika uzur ataupun penyakit.
  12. Membasuh tangan sebelum mulai beristinja' kerana dikhuatiri air yang digunakan menjadi mutanajjis jika ditangannya ada najis atau diragui ada najis.
  13. Menggunakan tangan kiri ketika beristinja' dan bersuci. "Daripada Abu Qatadah r.a: Rasullullah SAW bersabda: " Tidak boleh salah seorang kamu menyentuh zakarnya dengan tangan kanan ketika kencing dan bersuci". (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)
  14. Tenang ketika bersuci supaya benar-benar najis tersebut hilang disertai dengan rasa yakin. Bersuci biarlah dengan cara yang dituntut syarak.
  15. Bersihkan tandas selepas menggunakannya.
  16. Basuh tangan selepas keluar dar tandas. Terdapat banyak pencuci tangan anti bakteria maka gunalah demi menjaga kebersihan diri. Pakailah hand sanitizer untuk perlindungan berganda.
Semoga Allah memberi kita hidayah untuk mengamalkannya.



No comments:

Post a Comment