Thursday, June 17, 2010

Rukuk


Selalu kita dengan dalam sebuah hadis bahawa rukuk dan sujud yang tidak sempurna ibarat mencuri dalam sembahyang. Penting untuk kita menjaga kesempurnaan kedua2 rukun tersebut..


Rukuk dilaksanakan dengan menundukkan kepala hingga ke hadapan sehingga sama ratanya dengan tulang belakang. Kedua2 belah tangan pula diletakkan bertelekan kepada kedua2 lutut serta thama'ninah iaitu berdiam sebentar.



Terdapat dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari yang diberitakan oleh Abu Humaid al-Sa'idi katanya:
"Aku melihat Rasulullah SAW solat, apabila baginda bertakbir, baginda mengangkat tangannya sehingga sama tentang dengan bahunya dan apabila baginda rukuk, diletakkannya kedua2 tangannya pada lututnya dan diluruskan belakangnya"


Seringkali ada sahaja yang melebih2 sehingga sedikit lagi mencapai kaki.


Rasullulah SAW bersabda:
"Apabila engkau rukuk, maka hendaklah engkau meletakkan kedua2 tangan engkau pada lututmu, kemudian engkau renggangkan jari-jemari tanganmu, kemudian engkau menanti seketika sehingga semua anggota itu kembali ke tempatnya." (Hadis riwayat Ibnu Khuzaimah dan Ibnu Hibban)

Daripada 'Aisyah r.a katanya:

"Rasullulah SAW memulai solat baginda dengan takbir. Sesudah itu, baginda membaca Al-fatihah. Apabila ruku', kepalanya tidak mendongak dan tidak pula terlalu menunduk, tetapi pertengahan (sehingga kepalanya kelihatan rata dengan punggung) . . . . . . . .
(Hadis riwayat Imam Muslim)

No comments:

Post a Comment